valid html5

Pengiraan Gaji

Last Update: 13 Feb 2013View: 889


Gaji Kasar = Gaji Pokok + Kerja Lebih Masa + Elaun

Gaji Bersih = Gaji Kasar - Caruman - Potongan

Gaji Kasar

Gaji kasar ialah gaji yang meliputi gaji pokok, bayaran kerja lebih masa, bonus dan segala jenis elaun.

Gaji Pokok

Gaji pokok ialah gaji sebenar yang ditawarkan kepada pekerja seperti yang dipersetujui dalam kontrak kerja.

Bayaran Kerja Lebih Masa

Merujuk kepada gaji tambahan yang diterima oleh pekerja untuk kerja yang dilakukan melebihi jam kerja biasa.

Elaun

Elaun merupakan faedah sampingan yang dibayar kepada pekerja.

Elaun Tetap

Jumlah tetap yang dibayar kepada pekerja setiap bulan seperti elaun perumahan.

Elaun Berubah

Elaun yang mungkin berubah, contohnya elaun pengangkutan.

Elaun Harian

Kadar tetap untuk setiap hari contohnya elaun kedatangan.

Hantar Komen Anda