valid html5

Bentuk Organisasi Perniagaan - Syarikat Berhad

Last Update: 02 Mar 2013View: 886

Syarikat Berhad

Syarikat Berhad merupakan perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Terdapat dua jenis syarikat berhad iaitu Syarikat Awam Berhad dan Syarikat Sendirian Berhad. Pemegang saham syarikat merupakan pemilik kepada syarikat. Syarikat biasanya diuruskan oleh pengurus profesional yang dilantik oleh Lembaga Pengarah. Untung syarikat berhad akan disalurkan kepada pemilik melalui dividen berdasarkan pegangan saham. Perniagaan syarikat adalah kekal dan berterusan.

Bilangan Pemilik Syarikat Berhad

Bilangan pemilik minimum syarikat berhad adalah seramai 2 orang. Bilangan pemilik maksimum untuk Syarikat Sendirian Berhad adalah seramai 50 orang. Manakala untuk Syarikat Awam Berhad, tiada had pemilik maksimum.

Modal Syarikat Berhad

Modal syarikat berhad datang daripada pelaburan saham oleh pemilik. Liabiliti (tanggungan) pemilik dalam syarikat berhad adalah terhad kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik dalam bentuk pembelian saham.

Contoh Syarikat Berhad

Biasanya syarikat meliputi perniagaan yang besar, yang memerlukan modal yang besar contohnya di Malaysia, Malaysia Airlines, Air Asia dan Maybank.

Hantar Komen Anda