valid html5

Badan Perakaunan Di Malaysia

Last Update: 02 Mar 2013View: 1714

Terdapat beberapa badan perakaunan di Malaysia.

MIA

MIA ialah Institut Akauntan Malaysia.

Tugas MIA

a) Menetapkan piawai etika perakaunan.

b) Menetapkan piawai audit.

c) Mengawal perkembangan perakaunan tempatan dan antarabangsa.

d) Berunding dengan badan kerajaan dan berkanun.

e) Memberi sokongan teknikal kepada ahli MIA.

MASB

MASB ialah singkatan kepada Malaysian Accounting Standard Board.

Tugas MASB

a) Menetapkan piawaian yang sah.

b) Menerbitkan Statements Of Principles untuk digunakan dalam penyediaan laporan kewangan.

c) Membentuk piawaian perakaunan yang mungkin.

d) Menyediakan khidmat nasihat awam sekiranya perlu.

e) Menilai piawaian perakaunan yang dicadangkan.

f) Melakukan perubahan dalam piawaian perakaunan.

MICPA

MICPA ialah singkatan kepada Malaysian Institute of Certified Public Accountants.

Misi Dan Objektif

a) Menambah baik nilai kelayakan CPA (Certified Public Accountants).

b) Memajukan teori dan amalan bidang perakaunan.

c) Memberikan pendidikan dan latihan bagi kelayakan CPA.

Hantar Komen Anda