valid html5

Info: Komputer Atau Laptop

Last Update: 01 Mar 2013View: 279

Komputer atau laptop yang patut dibeli dan dipilih? Di sini saya jelaskan beberapa tips dan panduan, serta perbezaan antara komputer dan laptop untuk anda yang di dalam dilema samaada untuk membeli laptop atau komputer.

Kelebihan Komputer

Ketahanan

Komponen komputer lebih tahan lasak berbanding laptop. Ada pengguna yang menggunakan komputer tanpa perlu shut down komputer untuk tempoh yang sangat lama. Ini kerana komputer mempunyai sistem pengudaraan yang baik berbanding laptop untuk mengelakkan kompenen di dalamnya rosak akibat kepanasan (heating). Dan jangan lupa, komputer pada hari ini jauh lebih canggih hingga ada yang mempunyai tangki liquid bertindak sebagai penyejuk seperti radiator di dalam enjin kereta. Gambar di atas menunjukkan liquid cooling dalam komputer Dell Alienware Aurora.

Kepantasan Processor Komputer

Walaupun kedua-dua komputer dan laptop menggunakan i7 sebagai contoh, kelajuan processor i7 pada komputer adalah lebih laju berbanding laptop.Kelajuan processor diukur dalam Ghz. Biasanya, processor i7 pada komputer memiliki kelajuan 3 Ghz dan ke atas. Manakala processor i7 pada laptop memiliki kelajuan 2Ghz hingga 3Ghz. Kelajuan processor pada tablet pula, ialah pada 1Ghz hinggan 2Ghz. Semakin nipis, sesebuah komputer, laptop mahupun tablet, semakin perlahan kelajuan sesebuah processor.

Penambahbaikan (upgrade) komponen

Ini adalah kelebihan yang nyata pada komputer. Komputer mempunyai kelebihan untuk upgrade segala jenis kompenen yang ada di dalamnya. Komponen komputer seperti graphic card, motherboard, hard disk, processor dan ram sangat mudah diperolehi dan harganya lebih murah berbanding komponen laptop. Anda boleh membeli komputer yang ringkas pada permulaan, kemudian upgrade komputer mengikut budget yang ada pada anda.

Kelebihan Laptop

Mobility

Kelebihan yang paling utama yang ada pada laptop adalah mobility, atau mudah di bawa ke mana-mana untuk menyelesaikan segala urusan harian dan kerja anda, ini adalah kelebihan yang nyata bagi laptop. Jika anda seorang yang sentiasa bergerak ke sana sini, anda lebih memerlukan laptop untuk bekerja. Laptop lebih sesuai untuk anda yang sentiasa bergerak. Manakala komputer sesuai untuk pejabat, dan juga rumah anda.

Hantar Komen Anda